WARGA SKBJ
Pengikut
Sabtu, 9 Februari 2013
Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SK Binjai Jaya Tahun 2013
4 Februari 2013 (Isnin ): Pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SK Binjai Jaya Tahun 2013. Majlis diadakan di tapak perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Cikgu Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya.
Tahniah, kepada semua pengawas yang telah dilantik dan semoga anda semua dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah ini. Bertugaslah dengan gigih dan bertanggungjawab.
Jumaat, 1 Februari 2013
Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2013.
1 Februari 2013 (Jumaat): SK Binjai Jaya telah menghantar 12 orang peserta di Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2013 yang berlangsung pada pagi ini. SK Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar telah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Kejohanan berlangsung di SMK Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar. SK Binjai Jaya telah berjaya membawa pulang 3 pingat pada tahun ini apabila peserta perempuan berjaya menduduki tempat ke-19 manakala dua pingat lagi disumbangkan oleh peserta lelaki apabila berjaya menempatkan diri dikedudukan tempat ke-24 dan ke-25. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Rabu, 23 Januari 2013
Kejohanan Merentas Desa 2013
23 Januari 2013 (Rabu ): Petang Rabu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjai Jaya Tahun 2013. Murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 telah terlibat dalam aktiviti ini.
Kejohanan ini diadakan bagi tujuan mengesan 12 orang wakil sekolah yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sabak Bernam Tahun 2013 yang dijangka berlangsung di SK Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar.
Ahad, 20 Januari 2013
Notis Mesyuarat Agung PIBG SK Binjai Jaya 2013
Mesyuarat Agung PIBG SK Binjai Jaya akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Januari 2013 ( Jumaat )
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan SK Binjai Jaya
Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir demi anak-anak didik SKBJ.
Ahad, 9 September 2012
Selamat Berjaya Calon UPSR 2012

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
GOOD LUCK pada semua murid Tahun 6 SKBJ.. Kami guru-guru SKBJ sentiasa mendoakan kejayaan kalian..
Langgan:
Catatan (Atom)




