Selamat Melayari Laman Web Rasmi SKBJ.

WARGA SKBJ

Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Pertandingan Futsal Asrama Desa SK Binjai Jaya 2013

9 Oktober 2013 (Rabu): Petang ini, bagi mengisi aktiviti kokurikulum SK Binjai Jaya telah diadakan Pertandingan Futsal Asrama Aspura SK Binjai Jaya. Sebanyak lima pasukan telah menyertai pertandingan ini.
Di samping mengisi takwim kokurikulum asrama, pertandingan futsal ini juga telah dijadikan medan memilih pemain futsak asrama SK Binjai Jaya ke Pertandingan Futsal antara Asrama Harian Negeri Selangor yang akan berlangsung di Shah Alam pada 24 Oktober 2013 akan datang.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Sukan Tahunan SK Binjai Jaya 2013

3 Oktober 2013 -Khamis: Hari ini telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan SK Binjai Jaya. Upacara perasmian telah dilaksanakan oleh En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya.
Pelbagai acara telah dilangsungkan dari pagi hingga ke pukul 1.00 tengah hari.
Perasmian penutup telah disempunakan oleh Tuan Mohd Akhirizan bin Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar bagi mewakili Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, ADUN Sungai Panjang.
Pada tahun ini juara keseluruhan temasya sukan disandang oleh Rumah Biru, kedua Rumah Kuning, ketiga Rumah Hijau manakala Rumah Merah menduduki tempat keempat. Tahniah kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan temasya pada tahun ini.

Rabu, 20 Februari 2013

SK Binjai Jaya Johan Kejohanan Ragbi MSSD Sabak Bernam 2013

20 Februari 2013 (Rabu): SK Binjai Jaya telah menjadi johan dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2013. Kejohanan yang berlangsung dari 19 dan 20 Februari 2013 itu melibatkan tujuh pasukan. SK Binjai Jaya menghantar dua pasukan ragbi, di mana pasukan Binjai A telah menjadi johan Cup manakala pasukan Binjai B telah memperolehi johan plate. Kejohanan kali ini berlangsung di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurus dan semua yang terlibat dalam memastikan Binjai membawa pulang kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.

Sabtu, 9 Februari 2013

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SK Binjai Jaya Tahun 2013

4 Februari 2013 (Isnin ): Pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SK Binjai Jaya Tahun 2013. Majlis diadakan di tapak perhimpunan ini telah disempurnakan oleh Cikgu Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya.
Tahniah, kepada semua pengawas yang telah dilantik dan semoga anda semua dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah ini. Bertugaslah dengan gigih dan bertanggungjawab.

Jumaat, 1 Februari 2013

Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2013.

1 Februari 2013 (Jumaat): SK Binjai Jaya telah menghantar 12 orang peserta di Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2013 yang berlangsung pada pagi ini. SK Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar telah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Kejohanan berlangsung di SMK Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar. SK Binjai Jaya telah berjaya membawa pulang 3 pingat pada tahun ini apabila peserta perempuan berjaya menduduki tempat ke-19 manakala dua pingat lagi disumbangkan oleh peserta lelaki apabila berjaya menempatkan diri dikedudukan tempat ke-24 dan ke-25. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Rabu, 23 Januari 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

23 Januari 2013 (Rabu ): Petang Rabu telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjai Jaya Tahun 2013. Murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 telah terlibat dalam aktiviti ini.
Kejohanan ini diadakan bagi tujuan mengesan 12 orang wakil sekolah yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sabak Bernam Tahun 2013 yang dijangka berlangsung di SK Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar.

Ahad, 20 Januari 2013

Notis Mesyuarat Agung PIBG SK Binjai Jaya 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Binjai Jaya akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 25 Januari 2013 ( Jumaat ) Masa : 2.30 Petang Tempat : Dewan SK Binjai Jaya Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir demi anak-anak didik SKBJ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...