Selamat Melayari Laman Web Rasmi SKBJ.

WARGA SKBJ

Pengikut

Isnin, 30 Julai 2012

Latihan Kebakaran 2012




Pada 31 Julai 2012(Selasa), Unit Keselamatan dan Kebakaran telah mengadakan latihan kebakaran pada semua warga SKBJ. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di sekolah. Aktiviti ini akan dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang.

Selasa, 24 Julai 2012

Ihya Ramadhan Al-Mubarak



Pada 23 Julai 2012 (ISnin): Bertempat Di Dataran SKBJ majlis perasmian Sambutan Ihya Ramadhan Al-Mubarak, 1433H telah diadakan.Majlis telah dirasmikan Oleh GPK 1, En Shakir bin Johar. Antara aktivtiti yang akan diadakan adalah seperti tadarus Al-Quran, pembacaan buku Bingkisan Ramadhan KPM, mewarna dan melukis poster, solat sunat dhuha, majlis khatam quran dan sebagainya. Dengan motto " ke arah melahirkan generasi bertakwa", program ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan penghayatan kepada murid tentang mulianya ramadhan serta dapat membina sahsiah murid ke arah muslim yang kamil.

Tandas Bersih Hidup Sejahtera


Pada 16 Julai 2012, bertempat di dataran SKBJ satu majlis perasmian kempen tandas bersih telah diadakan. Kempen tersebut yang bertemakan "TANDAS BERSIH HIDUP SEJAHTERA" diadakan agar semua murid dan warga SKBJ dapat menjaga kebersihan dan menggunakan tandas dengan baik. selain itu beberapa orang murid telah dilantik sebagai AJK TANDAS bagi membantu guru serta memantau kebersihan tandas di blok masing-masing.

Isnin, 23 Julai 2012

Senamrobik 1M 1S 1M SK Binjai Jaya


10 Julai 2012 (Selasa): Pagi ini telah berlangsung program Senamrobik 1M 1S 1M peringkat SK Binjai Jaya. Senamrobik yang dijalankan serentak di seluruh negara ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi.

Senamrobik yang diketuai oleh En. Shamsul Kamal ini dilaksanakan selama lebih kurang 30 minit. Murid-murid mengikut gerak yang disiarkan melalui televisyen yang ditayang kepada murid-murid.

Seramai 497 orang murid telah turut serta dalam senamrobik ini. Sebahagian besar guru juga turut serta dalam aktiviti yang menyihatkan ini.

Rabu, 11 Julai 2012

Majlis Persaraan Tn. Hj. Abdul Latif bin Yaakop



11 Julai 2012 (Rabu): Hari ini telah berlangsung Majlis Persaraan Tuan Haji Abdul Latif bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin di Surau Al-Firdaus, SK Binjai Jaya. Kemudian para tetamu bergerak ke Dewan Makan Asrama SK Binjai Jaya untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Acara di Dewan Seri Binjai dimulakan dengan ucapan En. Shakir bin Johar, GPK Kurikulum SK Binjai Jaya diikuti ucapan En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya. Wakil PPD En. Mokhtar bin Manijo berucap sejurus kemudian. Selesai penayangan persembahan multimedia, tibalah giliran yang diraikan iaitu Tuan Haji Abdul Latif untuk menyampaikan ucapan. Acara diakhiri dengan penyampian cenderamata daripada para tetamu kepada Tn. Hj. Abdul Latif.

Isnin, 9 Julai 2012

Kempen Minum Air Kosong


9 Julai 2012 (Isnin) : Hari ini, Unit Kesihatan SK Binjai Jaya telah melancarkan Kempen Minum Air Kosong.
En. Shakir bin Mohamed Johar GPK Kurikulum SK Binjai Jaya telah melancarkan kempen tersebut sewaktu perhimpunan sekolah.

Semoga kempen yang dilancarkan pada pagi ini akan mendapat sambutan di kalangan warga SK Binjai Jaya.

Sabtu, 7 Julai 2012

Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Anjuran Bank Rakyat


7 Julai 2012 (Sabtu): SK Binjai Jaya telah diundang untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang yang dianjurkan oleh Bank Rakyat Cawangan Sungai Besar.

Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung di dua buah padang iaitu padang SK Seri Utama dan padang SK Tun Dr. Ismail.

SK Binjai Jaya telah berjaya menduduki ranking 4 pasukan terbaik apabila tewas kepada pasukan SK Sungai Nibong di peringkat Separuh Akhir.

Majlis Pra Persaraan Guru Besar SK Binjai Jaya


6 Julai 2012 (Jumaat): Satu Majlis Pra Persaraan untuk meraikan Guru Besar SK Binjai Jaya, Tn. Haji Abdul Latif bin Yakop telah diadakan di Hay Resort, Sabak Bernam, Selangor.

Sebahagian warga SK Binjai Jaya telah menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan SK Binjai Jaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...